Pavement repairs & rehabilitation - Membaiki & baikpulih permukaan jalan


Mesin Milling bergerak di lebuhraya ke tempar kerja

Kerja milling sedang dijalankan. Ini bergantung kepada kedalam yang perlu dipotong,
Kerja-kerja pembersihan menggunakan mesin penyapu.
Paver menerima premix sebelum kerja penurapan.

"scissor-men" mengemaskini bahagian-bahagian joint (sambungan) sebelum mampat-gelek dilaksanakan

Kerja-kerja mampat-gelek menggunakan "tendam & tyre rollers"

Membaiki dan baikpuih permukaan lebuhraya kerap kita jumpa disepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.Ianya perlu dilakukan bagi memastikan keselesaan pengguna-pengguna lebuhraya. Pemilihan teknik baikpulih akan digunakan dimana ianya bergatung kepada tahap kerosakan permukaan lebuhraya samaada sampai ketahap sub-base mahupun sub-grade.
Untuk pengetahuan umum, pihak PLUS tidak membenarkan kerja-kerja baikpulih permukaan lebuhraya dilakukan pada hari keraian umum termasuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ini bagi memastikan keselesaan penggunaa lebuhraya yang ramai pada masa yang dinyatakan.
Pada kebiasaannya teknik baikpulih permukaan lebuhraya adalah seperti berikut:
- "Milled and paved 50mm;
- "Milled and paved 110mm; atau
- "Milled and paved 200mm.
Sebelum memulakan kerja-kerja baikpulih dilebuhraya, pengurusan traffic mesti dilakukan supaya pengguna-pengguna lebuhraya dimaklumkan dengan papan-papan tanda yang bersesuaian pada kerja dan tempat tersebut.
Kerja-kerja memotong pada kedalaman yang tertentu menggunakan mesin "milling" akan dilakukan. Bahan-bahan sisa akan dibuang menggunakan lori seperti dalam gambar. Pada masa yang sama permukaan yang dipotong perlu diberikan dengan menggunakan mesin penyapu. Kemudian, "tact coat" disemburkan pada permukaan yang bersih. Pembentangan "premix" baru menggunakan mesin "paver" akan dilakukan. Pada masa yang sama, sambung (joint) permukaan baru dan lama memerlukan kerja kemaskini dan ketelitian oleh "scissor-men". Kemudian, "tendam roller" akan memampatkan permukaan tersebut dan diikuti oleh "tyre roller" pada bilangan laluan yang ditetapkan.
Sebelum permukaan yang baru dibuka kepada lalulintas, penanda jalan sementara perlu dibuat bagi memudahkan pengguna-pengguna nanti. Pada masa yang sama, semua mesin-mesin tersebut dibawa keluar daripada lebuhrya menggunakan "low loader". Pengurusan traffic akan dibuka, dan lebuhraya akan dibuka kepada lalulintas.