Hot in-place recycle (HIPR) Pavement - Turapan Kitar semula di tempat dalam keadaan panas

Set mesin HIPR, sebelah kanan (hadapan) adalah "Preheater" berkuasa diesel. Dibelakangnya adalah mesin "paver" istimewa.

Gambar menunjukkan hasil HIPR dibentangkan.

Mesin skid-loader mengisi "premix" baru dalam "hopper""paver".

Teknik penurapan kitar semula ditempat dalam keadaan panas atau Hot in-place recycle (HIPR) pavement amat jarang digunakan di Malaysia. Teknik kitar 100% semula bahan permukaan jalan dan dicampurkan dengan bitumen baru beberapa peratus dari yang lama i.e. 60% lama & 40% bitumen baru. Jenis bitumen semestinya sama, kalau gred 80/100 mahupun gred 60/70.
Secara ringkasnya:
  • Bahagian hadapan adalah penggunaan mesin "preheater" berkuasa diesel untuk memanaskan permukaan hadapan sehingga mencapai suhu 240C.
  • Bahagian kedua penggunaan "paver" istimewa yang mempunyai "heater" dihadapan yang berkuasa LPG menyambung pemanasan pemukaan jalan sebelum mesin "milling" memotong permukaan jalan sedalam 50mm dan bahan yang di "milling" itu akan digaul dengan "premix" baru dengan memgunakan kaedah "conveyor" menyampurkan "premix" baru dari "hopper paver". Bahagian belakang "paver" istimewa ini mempunyai "level sensor" bagi memastikan "premix" yang ratakan mempuyai permukaan yang konsisten.
Pihak PLUS telah memberi kontrak sepanjang 5 km bagi PROPEL Bhd melaksanakan kerja turapan menggunakan kaedah HIPR. Kontrak ini dijadualkan akan tamat sebelum 25 Disember 2011. Secara keseluruhannya penggunaan kaedah HIPR dapat kitar semula semua bahan permukaan jalan dan menjimatkan berbanding kaedah lain.
Sebarang penerangan lanjut, sila hubungi saya.

No comments:

Post a Comment