Tuntung (River Terrapins) di Bota Kanan, Perak

Maklumat kura-kura yang terdapat di Pusat itu.

Tuntung, binatang yang seakan penyu dan labi-labi.

Tuntung dapat dilihat dengan jelas ketika penyelenggaraan dibuat di Pusat tersebut.


Tuntung yang diberi kangkong sebagai makanan kegemaran
Tuntung (river terrapins) cuma banyak terdapat di Sungai Perak. Pusat Penyelidikan dan Pemulihan Tuntung terletak di Bota Kanan, Perak. Sesampai di pekan Bota Kanan, anda akan berjumpa Pejabat Tabung Haji dan terus menghala ke Sungai Perak. Tiada caj atau bayaran dikenakan untuk memasuki Pusat ini. Jika anda memasuki tempat pameran, anda digalakkan mengisi maklumat anda dalam buku lawatan. Sekarang, binatang ini telah menjadi bintang kawalan. Agak susah untuk melihat tuntung di Sungai Perak. Jika dikenangkan satu masa dahulu, telur tuntung boleh dibeli sekitar $1.20 pada pertengahan 1970an. Namun sekarang ia susah untuk diperolehi.