Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

Manusia berhijrah


Ikan berhijrah
Burung berhijrah




1 Muharram 1433, tahun baru bagi umat Islam. Ia dikenali sebagai Ma'al Hijrah. Di Malaysia, harinya diberi cuti khas dan diraikan. Pada kebiasaannya, azam baru diukir dan dibuat pada tahun baru. Apakah kita telah membuat azam baru? Adakah azam tahun lepas telah tercapai?

Setiap azam yang dijanjikan memerlukan perubahan (change). Setiap perubahan memerlukan proses mula dan tamat. Yang amat penting, ia memerlukan perancangan, objektif, perlaksanan, pemantauan dan penilaian (muhasabah).

Apakah yang ingin kita ubahkan? Beranikah kita untuk berubah? Banyak persoalan yang perlu ditanya dan mesti dilakukan untuk berubah.

Bercakap tanpa melakukannya memang tidak ada impak. Sebab sesuatu perubahan perlu dilakukan bukannya dengan bercakap sahaja. Saiz perubahan itu juga memerlukan komitmen dan perlibatan ramai orang dan peringkat-peringkat masyarakat. Cuba kita lihat disekeliling kita, binatang-binatang telah dan sedang menunjukkan perubahan melalui penghijrahan mereka dalam jumlah yang besar. Apakah kita tidak memahaminya?

Salam Ma'al Hijrah 1433 dan semoga hijrah tuan/puan diredhai dan diberkati ALLAH.

No comments:

Post a Comment