Wednesday, January 21, 2009

Pemimpin.... perkara yang perlu difikirkan

Setiap manusia adalah pemimpin bagi dirinya.


Agak wajar dan jelas untuk diperkatakan terutamanya bila tingkah-laku, pertuturan dan perwatakan kita adalah ditentukan oleh kepimpinan diri kita (kita yang membuat keputusannya) sendiri walaupun terdapat tekanan dan pengaruh luaran yang mungkin mempengaruhi keputusan kepimpinan kita.


Kurangnya pengetahuan dan seluk-beluk kepimpinan akan menyebabkan cara hidup kita tidak dipimpin dengan cara yang sebetulnya. Tambahan pula kita (seseorang itu) yang tidak mempunyai didikan agama yang sempurna akan memincangkan kepimpinan hidup kita. Lebih parah lagi, bila kita (seseorang itu) bersikap tidak mahu membetulkan apa yang kurang mengenai kepimpinan kita.


Mana salahnya?.... SIKAP (attitude) kita.


Mungkin kita terlepas pandang bila rata-rata dari kalangan kita menyatakan SIKAP adalah punca segalanya.


Bila ditafsirkan SIKAP, ia terbahagi kepada 2 dimensi iaitu baik dan buruk (jahat): (dengan ringkas)


  • Kepercayaan;
  • Keimanan;
  • Corak pemikiran;
  • Pendirian;
  • Nilai diri;
  • Watak; dan
  • Perasaan

Apakah sisa-sisa kehidupan kita berlalu tanpa kita memperbaiki KEPIMPINAN kita disebabkan tidak hirau untuk mengubah SIKAP kita?

Apakah jalinan yang sama akan berlaku kepada KEPIMPINAN mereka-mereka ini?:

  • Anak beranak;
  • Suami Isteri;
  • Adik beradik;
  • Ibu bapa;
  • Mertua;
  • Ipar duai;
  • Rakan taulan;
  • Musuh;
  • Pekerja;
  • Jiran kita;
  • Rakyat kita; dan
  • Pemimpin.

Setiap dari kita mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jangan sia-siakan. Jangan abaikan. Masih belum terlewat. Buat atas kemampuan, keikhlasan, istiqamah dan tekun. Jangan gelogoh, rakus dan tamak.

1 comment: